Tuesday 12 February 2013

PERKAMPUNGAN MENARA GADING 13~



Bismillahirrahmanirrahim

Jumaat – 8/2/2012, Alhamdulillah, Baru-baru ini telah diadakan satu program khas untuk belia lepasan SPM, STPM & STAM 2012. Program ini dinamakan Perkampungan Menara Gading kali ke-13. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS). Ianyanya telah dijalankan di Kolej 17, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah disertai seramai 44 orang penggerak & 18 orang fasilitator juga seramai 153 orang peserta yang datangnya dari seluruh negeri Selangor. Tahniah diucapkan!!!!

Dengan bermottokan “Mahasiswa Mukmin Pendokong Harapan Ummah” dan dikepalai oleh Saudara Mohamad Hazwan Shah bin Ismail, program ini telah dijalankan selama 4 hari 3 malam. Program ini diadakan buat pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM khususnya bagi memberi pendedahan tentang kehidupan dan cabaran yang bakal dihadapi di alam kampus. Objektif PMG kali ini adalah untuk :

1) Mendidik dan membina jati diri peserta agar menjadi mahasiswa muslim sejati yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
2) Menanam sifat amanah dan tanggungjawab sebagai seorang Hamba, Khalifah dan Da’ie dalam diri setiap peserta.
3) Membantu peserta agar mengenali potensi diri dan minat agar mampu membuat pilihan masing-masing bagi membina kehidupan dimasa hadapan.
4) Menerapkan nilai-nilai pembudayan ilmu di dalam diri peserta bagi mengaplikasikannya pada kehidupan sebenar.

PEPIAS cawangan Kuala Langat juga menyambut baik cabaran untuk menghantar seramai mungkin peserta ke PMG 13 ini. Alhamdulillah dengan berkat usaha rakan-rakan ahli, pimpinan cawangan, kenalan di SMK, FB, Twitter & lain-lain, akhirnya cawangan ini berjaya mengumpulkan seramai 20 orang yang terdiri daripada 6 orang lelaki & 14 orang perempuan. Masing-masing terdiri daripada SMK Telok Panglima Garang, SAMT Tengku Ampuan Rahimah & dan SMK Telok Datok. Peserta-peserta daripada Kuala Langat mengambil inisiatif untuk menggunakan pengangkutan awam dan pengangkutan sendiri untuk ke lokasi program. Tahniah dan syabas atas usaha yang ditunjukkan.

Selama 4hari 3malam adik-adik ini berkampung, ternyata banyak ilmu yang dapat mereka peroleh. Juga 1001 kenangan yang tidak akan dapat dimana-mana & tidak akan sesekali dilupakan. Semoga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja lisan malahan praktikalnya juga.

Kehangatan PMG 13 akan diteruskan lagi dengan adanya Reunion Keluarga PMGdalam masa terdekat ini. Bila? Dimana?, pastikan telefon anda sentiasa berada disamping anda.

Sekian dahulu penulisan kali ini, kami dari pimpinan PEPIAS cawangan Kuala Langat mengucapkan syabas & tahniah atas kejayaan adik-adik dalam menjayakan PMG ke-13 2013. Kami juga mengalu-alukan kedatangan adik-adik semua ke dalam keluarga PEPIAS cawangan Kuala Langat.

Assalamualaikum w..b.t

Untuk sebarang maklumat boleh layari :















No comments:

Post a Comment