Wednesday 31 July 2013

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM 2013 (KKPI 13)

Assalamualaikum & Salam 23 Ramadhan...Didoakan agar semua sihat-sihat belaka..

Alhamdulillah, 5-7 Julai 2013 (Jumaat - Ahad) telah diadakan program Kursus Kepimpinan Pelajar Islam di Kem Nur Bukit Unggul, Dengkil dengan disertai seramai 170 orang peserta. Mereka ini terdiri daripada sekolah SBP, SAM, SMK, Sek. Teknik, & Sek. Swasta dengan bertemakan "PEMIMPIN MUKMIN PENYATU KHAIRAH UMMAH"

Objektif kursus ini ialah :
  1. memberikan kesedaran & kefahaman hidup untuk menyumbang kepada masyarakat sekolah.
  2. mempersiap diri peserta sebagai seorang pemimpin yang bakal menerajui saf kepimpinan sekolah dengan ilmu asas kepimpinan Islam.
  3. melatih para peserta membentuk organisasi secara sistematik yang tahu akan setiap bidang tugas dalam organisasi.
  4. menjadiakan tokoh pemimpin Islam sebagai qudwah dalam kepimpinan sekolah.
PEPIAS Cawangan Kuala Langat telah berjaya menghantar wakil seramai 5 orang. Mereka merupakan pelajar yang terpilih dalam kalangan pelajar-pelajar terbaik.

Selain itu, banyak aktiviti yang dijalankan termasuk :
  • ceramah 
  • LDK 
  • riadah
  • permainan bermodul
  • POA
  • deklarasi KKPI
 Semoga semua wakil-wakil pemimpin dari sekolah yang terpilih ini memperolah ciri-ciri seorang khalifah Muslim & mampu menggoncang dunia!! Insya-Allah..











Sunday 14 July 2013

TAMRIN IHYA' RAMADHAN PEPIAS 2013

 
[TIRAM 1.0] @ PEPIAS KUALA LANGAT (PEPINGAT)

Assalamualaikum dan Salam 6 Ramadhan buat SEMUA warga PEPINGAT
Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) akan mengadakan:

:: TAMRIN & IHYA RAMADHAN 1.0 ::
:: 25-28 JULAI 2013 ::
:: CHANGKAT, GOMBAK ::

Aktiviti menarik:
1. Edaran bubur lambuk
2. Program Seorang Sekampit Beras
3. Sahur bersama anak-anak yatim
4. IFTAR KUBRA bersama ABIM dan WADAH

Kepada APLE & HELWANI yang berminat untuk sertai,
sila berikan NAMA PENUH, IC & NO TEL sebelum 15 JULAI 2013 (6.00 petang).

Wakil APLE : Saudara Harith Ismail Shahlan (013 328 9359)
Wakil HELWANI : Saudari Nazrathul Aklily (019 355 0673)
*Pengerusi Cawangan : Abg Muslim 017-3525958

Monday 8 July 2013

SALAM RAMADHAN 2013


Akhirnya bulan yang dinantikan telah tiba. PEPIAS Cawangan Kuala Langat mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat sekalian. Marilah kita sama lakukan perubahan pada bulan yang mulia ini. Jom kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu batu loncatan untuk kita berubah daripada buruk kepada baik dan baik kepada lebih baik.

Jom sama-sama kita manfaatkan bulan yang penuh barakah ini. Antara Hadith mengenai kelebihan Ramadhan ini ialah :

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum– no: 1894)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-BukhariKitab al-Shaum – no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’Kitab al-Shiyam – no: 603)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-BukhariKitab al-Libas – no: 5927)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
 Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)

emel : pepiaskualalangat@gmail.com
fb : PEPINGAT
blog : www.pepiaskualalangat.blogspot.com