Tuesday 25 December 2012

REHLAH PEPIAS KUALA LANGAT 2012~

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua. Didoakan agar kita sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah. Amin..

Alhamdulillah, pada 23 Disember 2012 (Ahad) yang lalu, PEPIAS Kuala Langat telah berjaya menganjurkan satu lagi program sempena penutup tirai tahun 2012. Program ini dinamakan RehLah (Rehat & Berkelah). Kebiasaannya program ini dilakukan pada setiap hujung tahun sebagai menghargai semua usaha ahli dalam menjayakan Program Tahunan Mendekati Sekolah (PTMS).

Objektif RehLah ini ialah :
1) untuk melihat kebesaran Allah & menyemai rasa cinta kepada Allah
2) untuk mengeratkan persaudaraan sesama ahli
3) mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

RehLah kali ini telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah rendah & menengah. Bukit Broga & Sungai Tekala telah menjadi tempat pilihan pada RehLah kali ini. Bermula seawal jam 3.00 pagi - 6.00 petang. Peserta mula berkumpul di Masjid Batu 10, Kebun Baharu dan seterusnya menaiki bas menuju ke Bukit Broga, Semenyih. Sampai sahaja di kaki bukit, semua peserta mula meneruskan pendakian. Walaupun hanya 1.7km untuk sampai ke puncak, tetapi perlu juga mengerah segala keringat yang ada. Geli hati melihat gelagat masing-masng yang tidak sampai 30minit  mendaki, sudah mula masuk "pit stop" maksudnya berhenti di tepi laluan bukit.

Akhirnya, tepat jam 8.00 pagi semua peserta telah sampai ke puncak dan seterusnya menawan Bukit Broga. Tahniah!!!. Sampai di puncak, peserta mula bersarapan dengan berbekalkan air kotak & sedikit roti sebagai alas perut. Walaupun ringkas tetapi terlihat sinar kesyukuran pada mereka. Sungguh nikmat, Alhamdulillah. Seterusnya, semua peserta diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas. Ada yang berehat, mengambil gambar, berkenalan sesama sendiri dan sebagainya.

10.00 pagi - peserta mulai turun kerana mengejar masa untuk ke Sungai Tekala. Tempat ke-2 utama dalam tentatif yang disediakan. Jam 12.00 tengahari, peserta mula sampai di pintu masuk Sungai Tekala. Setelah memilih tempat yang sesuai, peserta mula mandi. Kedinginan air sungai mula dirasai di setiap pelusuk tubuh. Terlihat juga ada peserta yang sudah pucat & terketar-ketar dik kedinginan air sungai itu. Hampir 2 jam berendam, tiba masa untuk pulang. Semua peserta bersiap untuk solat Zohor & pulang.

6.00 petang - Alhamdulillah semua peserta telah selamat sampai & pulang bersama keluarga masing-masing. Pengakhiran, terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan RehLah PEPIAS Kuala Langat 2012. Bagi yang tidak berkesempatan, Insya Allah kita akan dipertemu pada kelapangan yang lain.

Kadang-kadang lisan mengucap tidak terjaga,
Hati berprasangka tanda tidak berkenan,
Maaf jika tangan tidak sempat berjabat,
Sekurang-kurangnya ada kata yang terucap.

mutiara kata Imam Ghazali :

yang juah itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN.

Kami, barisan pucuk pimpinan PEPIAS Kuala Langat sesi 12/13, menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terkasar bahasa sepanjang kami mengendalikan sesi 12/13 kali ini. Sekian.

-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-








Thursday 29 November 2012

KARNIVAL REMAJA ISLAM 2012

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera kepada semua, didoakan agar kita semua sentiasa di dalam redha Allah...

24/11/2012, Telok Panglima Garang, Kuala Langat - Alhamdulliah, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Kuala Langat buat julung-julung kalinya telah mengadakan Karnival Remaja Islam 2012 sempena musim cuti sekolah yang menjelma.

Karnival ini juga telah dijalankan di Geo Futsal, Sijangkang dan disertai seramai 5 buah pasukan yang terdiri daripada umur 11 - 12 tahun. Juga yang bertindak sebagai AJK ialah adik-adik daripada Program Kembara Remaja Nafas Baru (KRNB 1.0). Kesemua peserta ini merupakan murid-murid Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu (SKKB). Karnival bermula seawal jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari. Penyampaian telah telah disampaikan oleh Saudara Muslim selaku Pengerusi Perhubungan PEPIAS Cawangan Kuala Langat. Antara amanat yang disampaikan ialah menjaga keselamatan diri sepanjang musim cuti sekolah dan mengisi masa dengan perkara berfaedah. Beliau juga memperingat kepada semua pemain agar bermain bersungguh-sungguh dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

Setelah hampir 4 jam karnival ini berlangsung, dan pemain telah berhempas pulas, memerah keringat untuk pasukan masing-masing, akhirnya Punca FC dinobatkan selaku juara.

Berikut adalah keputusan penuh :
1) Punca FC
2) Segi Fresh FC
3) Inazuma FC
4) Ajiboy FC
5) Tembok FC

Untuk pengakhiran, semua pemain telah dijamu dengan sedikit jamuan. Walaupun hanya jamuan ringan, tetapi terpancar sinar kepuasan, keriangan, dan juga kesyukuran pada wajah masing-masing.

Terima kasih kepada semua adik-adik yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan karnival ini, Insya Allah kita akan bertemu di kesempatan lain.









Punca FC (1)

Segi Fresh FC (2)

Inazuma FC(3)







-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-


Sunday 18 November 2012

Ya Allah, Selamatkan GAZA!! AllahuAKbar!!

Save Gaza, Palestine! Kekejaman Israel semakin melampau-lampau apabila terus-terusan menyerang Gaza tanpa alasan yang munasabah dan tak masuk akal. Dimana kuasa-kuasa besar yang kononnya mahu memerangi keganasan? Takkan hanya mampu pejamkan mata melihat kekejaman yang berlaku di depan mata?

Save gaza Save Gaza, Palestine!

Setiap kali serangan ke atas Gaza, Palestine, pasti ada saja alasan tak masuk akal dibuat Israel bagi meng’halal’kan perbuatan mereka. Dari zaman jahiliah sehinggalah ke zaman moden kini, sikap mereka masih sama..kekal tak bertamadun seperti syaitan yang bertopengkan manusia. Niat mereka untuk menakluk seluruh Palestine tetap diteruskan walaupun dikecam dan dikutuk masyarakat dunia.

Perangi Israel, Selamatkan Gaza!

Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara-saudara seagama kita di Gaza. Gunakanlah setiap kemahiran dan kemampuan yang ada sepertimana rakan-rakan kita di seluruh dunia untuk membantu rakyat Palestine. Pejuang dan masyarakat Palestine bukan saja berjuang mempertahankan negara mereka malah maruah agama mereka.

Selamatkan Gaza, Palestine!

Selamatkan Gaza, Palestine! biarpun hanya sekadar doa..Allahuakbar!

Doa Untuk Mu, Sahabat...  

"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"

"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."

"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."

"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

 "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...."

-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-

Tuesday 13 November 2012

Ucapan Maal Hijrah 1433~

Ucapan Salam Maal Hijrah 1433H

Sempena kedatangan tahun baru Islam hari ni, maka berduyun-duyun umat Islam yang kini sedar untuk memeriahkannya. Ini sesuatu yang menarik.

Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya?

Tanpa kita sedar umur kita semakin meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah bertaubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?

Sedar tak sedar, kita akan masuk ke tahun baru 1433 Hijrah pada esok hari. Cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru jer baca doa untuk awal tahun dan akhir tahun.. Tapi pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru lagi.

Pimpinan PEPIAS Kuala Langat ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah 1433 ini akan memperkokohkan lagi azam kita utk terus berkhidmat, berbakti dan berjuang demi agama, bangsa dan watan. Marilah kita sentiasa berdoa agar bangsa, agama dan tanahair kita akan terus berada didalam peliharaan dan keberkatan ALLAH SWT....

Tidak lupa juga kami merakamakan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat islam walau di mana jua berada. Juga didoakann agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.

Amin.....

-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-

KELAPE 2~

Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas pada hari ini....Juga didoakan agar semua sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah, Amin..

Pada 9-11/12/2012 (jumaat - ahad) yang lalu, telah diadakan Program Kem Latihan Asas PEPIAS 2012, Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) dengan kerjasama Masjid Usamah b Zaid, Wangsa Maju. Program ini juga telah dihadiri seramai 30 orang ahli PEPIAS yang memiliki latarbelakang berbeza antaranya pelajar IPT, pelajar sekolah, golongan bekerja dan lain-lain. Antara objektif program ini ialah :

1) Menyemai rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah S.A.W
2) Mendedahkan wasilah serta jalan yang bertepatan dengan Al-Quran dan contoh Rasulullah untuk meningkatkatkan kualiti diri dan menyumbang kepada masyarakat.
3) Membentuk ahli-ahli PEPIAS ke arah mencapai “Khairu Ummah”
4) Menerapkan 7 Budaya PEPIAS kepada seluruh ahli dan pimpinan .

Tema pada kali ini ialah "Kekasih Seorang Sahabat". Tema ini adalah bertujuan untuk menyemai rasa rindu dan cinta pada Rasulullah S.A.W kepada setiap ahli PEPIAS seperti mana yang telah diceritakan oleh baginda dalam potongan hadisnya “Ikhwanku ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”.

Bermula dengan pendaftaran pada jam 5.00 petang. Seterusnya, Ice Breaking, Mind Setting & Group Binding yang dikendalikan oleh Abang Azlan...memang seronok pada malam itu...Walaupun baru berjumpa hanya ketika, tetapi terasa ikatan pada malam itu seperti telah terjalin sekian lama...

Keesokan harinya, seawal jam 4.30pagi kami telah dikejutkan untuk melakukan qiamullail jamai'e..Slot ini telah dikendalikan oleh Ustaz Asri dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)...

Kemudian, kami mendengar sedikit cetusan oleh Abang Kam, beliau menyatakan mengenai TAUHID :
T - tunduk pada Allah,
A - agung pada Allah,
U - utama pada Allah,
H - hadirkan Allah dalam setiap perbuatan,
I - ingta Allah selalu,
D - dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

Seterusnya, cetusan 2 yang diberikan oleh Abang Fazril bertajuk "Kenal Ilmu Allah, Mengikuti Sunnah Rasulullah"....Antara yang disebut ialah :
1) segala sesuatu di bawah kuasa Allah
2) segala sesuatu milik Allah
3) segala sesuatu dengan izin Allah
 4) segala sesuatu akan kembali pada Allah

Pada petang Sabtu, setiap kumpulan telah diberi tugasan lapangan, kami telah dihantar ke Jusco Wangsa Maju, apa tugasannya? hehe kami perlu menemuramah beberapa orang mengenai soalan berikut :
1) mengenai kepekaan masyarakat tentang isu semasa,
2)pandangan mengenai remaja di Malaysia 5 tahun akan datang,
3)andai Baginda ada bersama, apakah perasaan Baginda melihat umatnya sekarang,
 4)apa yang ingin disampaikan seandainya Baginda bersama kita..

Pada malam Sabtu pula, kami dihidangkan dengan kuliah maghrib oleh Wak Jam : beliau menyatakan mengenai "funtional Khalifah", bukan seperti mayat hidup, hadirnya tidak memberi makna, perginya tidak mendatang kesan,

Selepas Isya', kami mendengar Forum bersama panel Abg Zul & Wak Jam. Antara intisari Forum itu ialah : 1) kita perlu menyumbang sesuatu kepada Allah
2) Setiap manusia memiliki kelebihan & kekurangan
 3) Bila kita seorang, kita akan lemah
4) Manusia perlu bekerja untuk islam

*SEMUA ini dihubungkang dengan 1 ayat "AMAL JAMAI"E" (hidup berjemaah)

Pada hari Ahad pula, kami telah dipecahkan kepada cawangan masing-masing, tugasannya ialah setiap cawangan perlu membuat usrah, mini tamrin, & juga membuat program sekolah, inilah amanah yang perlu dilaksanakan...

 *jika Allah mahukan kebaikan seseorang, dianugerahkan kepadanya kefahaman agama, dizuhudkan kepadanya ilmu dunia, dan dinampakkan aib sendiri"

-www.pepiaskualalangat.blogspot.com- t