Sunday, 24 February 2013
ISTIA'NAH KUBRO ABIM 2013~
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam lembayung rahmat Allah. Amin.
Ahad, 24/2/2013 - Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat & salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad s.a.w. Telah diadakan satu majlis yang dinamakan Istia'nah Kubro 2013 bertempat di Pusat Perlindungan Wanita Darul Wardah & PEPIAS Cawangan Kuala Langta telah menghantar 3 orang wakil ke majlis tersebut. Majlis dimulakan pada pukul 6.30 petang & berakhir pada pukul 10.30 malam. Istia'anah ini turut dihadiri oleh YDP ABIM Negeri Selangor, Saudara Khairuddin b Abbas & Pengerusi Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah, Ustazah Hazlina binti Abdul Razak.
Istia'nah ini bermaksud meminta pertolongan, Kubro bermaksud besar atau perdana. Ianya adalah bersempena dengan kelancaran pembangunan Kompleks Darul Ummah ABIM.
Kompleks Darul Ummah ABIM ini terbahagi kepada 5 elemen :
1) Rumah Perlindungan Wanita ABIM
2) Rumah Anak Yatim ABIM
3) Institusi ABIM
4) Rumah Warga Tersayang ABIM
5) Maahad Tahfiz Sains ABIM
Istia'anah ini pula terbahagi kepada 5 bahagian :
1) Istia'nah memohon pertolongan dari Allah bermaksud kita perlu mendahulukan Allah seperti dalan surah Al-Fatihah ayat 5 "kepada Engkau kami sembah & kepada Engkau kami meminta pertolongan"
2) Istia'nah memohon pertolongan dari makhluk yang berkemampuan ialah kita minta tolong dari orang-orang yang memiliki harta untuk di sumbangkan yakni berkemampuan.
3) Istia'nah memohon pertolongan dengan orang yang tiada kemampuan pula ialah seperti kita meminta tolong pada orang yang tidak memiliki harta. Pertolongan ini di panggil sia-sia.
4) Istia'nah memohon pertolongan pada orang yang telah mati atau perkara ghaib seperti memuja makam. Pertolongan sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perkara ghaib itu tidak boleh dijadikan rujukan atau wasilah antara hubungan kita dengan Allah.
5) Istia'nah memohon pertolongan dengan cara berzikir. Menjadikan amalan zikir ini sebagai satu pengantaraan antara kita dengan Allah. Ini merupakan istia'nah yang baik. Semoga dengan amalan zikir ini memudahkan kita untuk melakukan sebarang urusan.
Dalam majlis ini, dibacakan juga ayat Kursi & selawat Fatih. Selawat Al-Fatih (pembuka) jika selalu diamalkan moga-moga dengannya mengharapkan keberkatan dari Allah s.w.t, melembutkan hati, membuka pintu-pintu kebuntuan & kebingungan, membuka pintu rezeki yang tidak bertepian, & memberi kemenangan ke atas yang hak menumbangkan kebatilan.
Ya Allah, berikanlah restu, kesejahteraan & keberkatan kepada junjungan kami,
iaitu Nabi Muhammad yang dengannya dapat membuka suatu yang terkunci,
menutup suatu yang terdahulu, menolong kebenaran dengan kebenaran,
menunjuk ke jalan Mu yang lurus,
mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepada Baginda, keluarga Baginda & para sahabat sepenuhnya & dengan kadarnya yang agung.
Majlis diteruskan dengan acara solat hajat & cukur jambul yang dilakukan oleh muslimat. Kelihatan bayi-bayi ini suci & tenang. Mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya. Selesai cukur jambul majlis bersurai dengan salam jamai'e
Insya-Allah, sehingga di sini dulu warkah kali ini.
Assalamualaikum w.b.t
-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment