Monday 19 January 2015

USRAH QIYADAH

[Catatan Usrah Pimpinan PEPIAS Pusat]
Tema : Di Antara 2 Jirim & Buku Bidayatul Hidayah
Tarikh : 19/1/2015 (Isnin)

Tadabbur Surah Al-Qamar, Ayat 9-17. Kisah Nabi Nuh AS. (Sumber drpd Tafsir Ibn Kathir versi Bahasa  Inggeris)

- Ayat 9: 'Wazdujir'. Nabi Nuh AS dituduh org gila oleh kaumnya.
- Ayat 10: Nabi Nuh berdoa kpd Allah di saat Nabi Nuh rasa terlalu lemah agar Allah dapat tolong agama ini
- Ayat 11: 'Munhamir' (abundant), hujan yg sangat banyak/lebat
Ibnu Jurayj meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: "Hujan lebat- Airnya akan turun daripada awan. Tetapi pada hari itu, Allah bukakan pintu langit untuk kaum Nabi Nuh. Agar air-air hujan dturunkan melalui pintu-pintu langit. Air yang turun melalui pintu langit adalah air daripada bumi dan syurga, lalu air daripada 2 sumber ini bertembung.
(Boleh cari cerita Pompei. Bagaimana Allah binasa mereka)
- Ayat 15: Kapal Nabi Nuh as tetap kekal untuk menjadi tanda buat generasi terkemudian (boleh cari dekat mana bekas Kapal Nabi Nuh as)
- Ayat 17: Allah buatkan Quran ini mudah untuk dibaca & comprehend for those who seek these traits, to remind mankind.
Persolan : فهل من مدكر؟ (maka Adakah ada orang yg mahu ambil pengajaran)

 Adab Berwudhuk, kitab Bidayatul Hidayah (Saudara 'Umar)
1. Bersiwak
2. Berkumur 3x dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke hujung halkum
3. Masukkan air ke dalam hidung
4. Membasahkan tengkuk
5. 7 Perkara yang Perlu Ditinggalkan (perkara yang disebut adalah makruh hukumnya jika dilakukan)
- Sila Rujuk kitab

Laporan & Dokumentasi Banjir (Saudara Muslim)

Tempat : Kg Kledang & Kg Triang, Bera, Pahang
Misi : Pembersihan & Pemulihan Kawasan (bagi rumah yang kritikal kondisinya sepertit rumah warga emas)
Aktiviti :
- Mencuci dinding
- Mencuci halaman rumah
Ibrah daripada Misi Pasca Banjir :
Mangsa banjir dapat zahirkan rasa syukur walaupun rumah & harta benda musnah



Tuesday 6 January 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulillah pada tanggal 3 Januari 2015M bersamaan dengan 12 Rabiul Awwal 1436H (Sabtu) telah berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Pusat Latihan PEPIAS-ABIM yang terletak di Kampung Changkat, Gombak. Sambutan ini telah disertai seramai 80 orang. Acara bermula jam 8.30 pagi dengan berarak keliling kampung. Kemudian diikuti oleh acara nasyid dan ceramah bersempena dengan Maulidur Rasul yang di sampaikan oleh Ustaz Naim b Mohd Noor. Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahari