Thursday 14 November 2013

TAHNIAH UNTUK ADIK-ADIK UPSR & PSRA 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami Pimpinan PEPIAS Cawangan Kuala Langat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada adik-adik UPSR & PSRA 2013 yang telah mencapai keputusan yang cemerlang. Tahniah juga kepada guru-guru yang bekerja keras memastikan kejayaan murid-murid dan juga sekalung penghargaan kepada ibu bapa masing-masing.
Kepada yang kurang berjaya pula, teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Terima Kasih dan salam hormat.

Tuesday 5 November 2013

Latihan Asas Kefasilitatoran PEPIAS (LAKEP 2013)~

Alhamdulillah selesai sudah sebuah program yang bakal membina generasi Fasilitator Muslim yang dinamik. Program yang diberi nama Latihan Asas Kefasilitatoran PEPIAS (LAKEP 2013) ini telah disertai seramai 103 orang dan seorang peserta Cina serta dilatih seramai 20 orang trainer dan dibantu oleh 3 org komiti semasa program serta diperhati oleh 4 orang pemerhati daripada KPIJ. 
Antara objektif LAKEP ini ialah :
1) menimba ilmu tentang asas fasilitator
2) mempersiap & melengkapkan diri untuk berhadapan dengan masyarakat
3) menjadi kumpulan penggerak PEPIAS dalam usaha memberi sumbangan kepada masyarakat
Semoga usaha kalian semua dalam belajar, mengajar dan diajar ini dapat membantu memanusiakan manusia demi membina generasi yang baik. Syukur kerana majoriti memberi pandangan yang baik tentang program ini walaupun ada segelintir yang merungut namun ia sebagai pengajaran kepada kami untuk melakukan yang lebih baik. Mohon maaf sekiranya kekurangan dalam penganjuran LAKEP kali ini. Terima kepada semua...Masih terngiang2 suasana selama 3 hari 2 malam LAKEP ini. Semoga ukhwah ini abadan abada. Ameen.

Ikhlas daripada Pengarah LAKEP 2013. cc Muzakkir Mohd Noor Naib Presiden PEPIAS

















Thursday 15 August 2013

KONVOI RAYA PEPIAS 2013~

MAKLUMAN KERENGGE 2013.

Setelah disepakati semalam. KERENGGERE akan berjalan seperti berikut :-

1- 17 Ogos 2013 ( Sabtu)
Tempat :- Kuala Langat (4 rumah) & Kuala Selangor ( 1 rumah-kak Dodi)
Kumpul :- 10 pagi di area Telok Panglima Garang
Kereta :- InsyaAllah 4 kereta (setakat jam 8.30 pagi). Jika nak join, sila cr kereta dan orang.

2- 18 Ogos 2013 (Ahad)
Tempat :- Kepong - BBST - Dengkil - Bangi - Kajang - mybe nilai (6-8 rumah)
Kumpul :- 10 pagi di PULPA
Kereta :- Tiada muktamad lagi.

Wednesday 31 July 2013

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM 2013 (KKPI 13)

Assalamualaikum & Salam 23 Ramadhan...Didoakan agar semua sihat-sihat belaka..

Alhamdulillah, 5-7 Julai 2013 (Jumaat - Ahad) telah diadakan program Kursus Kepimpinan Pelajar Islam di Kem Nur Bukit Unggul, Dengkil dengan disertai seramai 170 orang peserta. Mereka ini terdiri daripada sekolah SBP, SAM, SMK, Sek. Teknik, & Sek. Swasta dengan bertemakan "PEMIMPIN MUKMIN PENYATU KHAIRAH UMMAH"

Objektif kursus ini ialah :
  1. memberikan kesedaran & kefahaman hidup untuk menyumbang kepada masyarakat sekolah.
  2. mempersiap diri peserta sebagai seorang pemimpin yang bakal menerajui saf kepimpinan sekolah dengan ilmu asas kepimpinan Islam.
  3. melatih para peserta membentuk organisasi secara sistematik yang tahu akan setiap bidang tugas dalam organisasi.
  4. menjadiakan tokoh pemimpin Islam sebagai qudwah dalam kepimpinan sekolah.
PEPIAS Cawangan Kuala Langat telah berjaya menghantar wakil seramai 5 orang. Mereka merupakan pelajar yang terpilih dalam kalangan pelajar-pelajar terbaik.

Selain itu, banyak aktiviti yang dijalankan termasuk :
  • ceramah 
  • LDK 
  • riadah
  • permainan bermodul
  • POA
  • deklarasi KKPI
 Semoga semua wakil-wakil pemimpin dari sekolah yang terpilih ini memperolah ciri-ciri seorang khalifah Muslim & mampu menggoncang dunia!! Insya-Allah..











Sunday 14 July 2013

TAMRIN IHYA' RAMADHAN PEPIAS 2013

 
[TIRAM 1.0] @ PEPIAS KUALA LANGAT (PEPINGAT)

Assalamualaikum dan Salam 6 Ramadhan buat SEMUA warga PEPINGAT
Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) akan mengadakan:

:: TAMRIN & IHYA RAMADHAN 1.0 ::
:: 25-28 JULAI 2013 ::
:: CHANGKAT, GOMBAK ::

Aktiviti menarik:
1. Edaran bubur lambuk
2. Program Seorang Sekampit Beras
3. Sahur bersama anak-anak yatim
4. IFTAR KUBRA bersama ABIM dan WADAH

Kepada APLE & HELWANI yang berminat untuk sertai,
sila berikan NAMA PENUH, IC & NO TEL sebelum 15 JULAI 2013 (6.00 petang).

Wakil APLE : Saudara Harith Ismail Shahlan (013 328 9359)
Wakil HELWANI : Saudari Nazrathul Aklily (019 355 0673)
*Pengerusi Cawangan : Abg Muslim 017-3525958

Monday 8 July 2013

SALAM RAMADHAN 2013


Akhirnya bulan yang dinantikan telah tiba. PEPIAS Cawangan Kuala Langat mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat sekalian. Marilah kita sama lakukan perubahan pada bulan yang mulia ini. Jom kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu batu loncatan untuk kita berubah daripada buruk kepada baik dan baik kepada lebih baik.

Jom sama-sama kita manfaatkan bulan yang penuh barakah ini. Antara Hadith mengenai kelebihan Ramadhan ini ialah :

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum– no: 1894)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-BukhariKitab al-Shaum – no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’Kitab al-Shiyam – no: 603)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-BukhariKitab al-Libas – no: 5927)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
 Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)

emel : pepiaskualalangat@gmail.com
fb : PEPINGAT
blog : www.pepiaskualalangat.blogspot.com

Tuesday 28 May 2013

PANGGILAN PENTING : USRAH WIDA' & AGENDA PENTING

 
Assalamualaikum, Usrah Wida'(Akhir) & Agenda Penting KUALA LANGAT

tarikh : 1 Jun 2013 (Sabtu)
masa : maghrib bersama
tempat : rumah Abg Muslim, Batu 10 Kebun Baharu

*mohon panjangkan ke semua ahli di pelusuk dunia WADAH + ABIM + PEPIAS
*MAKANAN disediakan
*Abg Muslim 017-3525958

Sunday 24 February 2013

ISTIA'NAH KUBRO ABIM 2013~


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam lembayung rahmat Allah. Amin.

Ahad, 24/2/2013 - Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat & salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad s.a.w. Telah diadakan satu majlis yang dinamakan Istia'nah Kubro 2013 bertempat di Pusat Perlindungan Wanita Darul Wardah & PEPIAS Cawangan Kuala Langta telah menghantar 3 orang wakil ke majlis tersebut. Majlis dimulakan pada pukul 6.30 petang & berakhir pada pukul 10.30 malam. Istia'anah ini turut dihadiri oleh YDP ABIM Negeri Selangor, Saudara Khairuddin b Abbas & Pengerusi Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah, Ustazah Hazlina binti Abdul Razak.

Istia'nah ini bermaksud meminta pertolongan, Kubro bermaksud besar atau perdana. Ianya adalah bersempena dengan kelancaran pembangunan Kompleks Darul Ummah ABIM.

Kompleks Darul Ummah ABIM ini terbahagi kepada 5 elemen :
1) Rumah Perlindungan Wanita ABIM
2) Rumah Anak Yatim ABIM
3) Institusi ABIM
4) Rumah Warga Tersayang ABIM
5) Maahad Tahfiz Sains ABIM

Istia'anah ini pula terbahagi kepada 5 bahagian :

1) Istia'nah memohon pertolongan dari Allah bermaksud kita perlu mendahulukan Allah seperti dalan surah Al-Fatihah ayat 5 "kepada Engkau kami sembah & kepada Engkau kami meminta pertolongan"

2) Istia'nah memohon pertolongan dari makhluk yang berkemampuan ialah kita minta tolong dari orang-orang yang memiliki harta untuk di sumbangkan yakni berkemampuan.

3) Istia'nah memohon pertolongan dengan orang yang tiada kemampuan pula ialah seperti kita meminta tolong pada orang yang tidak memiliki harta. Pertolongan ini di panggil sia-sia.

4) Istia'nah memohon pertolongan pada orang yang telah mati atau perkara ghaib seperti memuja makam. Pertolongan sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perkara ghaib itu tidak boleh dijadikan rujukan atau wasilah antara hubungan kita dengan Allah.

5) Istia'nah memohon pertolongan dengan cara berzikir. Menjadikan amalan zikir ini sebagai satu pengantaraan antara kita dengan Allah. Ini merupakan istia'nah yang baik. Semoga dengan amalan zikir ini memudahkan kita untuk melakukan sebarang urusan.

Dalam majlis ini, dibacakan juga ayat Kursi & selawat Fatih. Selawat Al-Fatih (pembuka) jika selalu diamalkan moga-moga dengannya mengharapkan keberkatan dari Allah s.w.t, melembutkan hati, membuka pintu-pintu kebuntuan & kebingungan, membuka pintu rezeki yang tidak bertepian, & memberi kemenangan ke atas yang hak menumbangkan kebatilan.

Ya Allah, berikanlah restu, kesejahteraan & keberkatan kepada junjungan kami,
iaitu Nabi Muhammad yang dengannya dapat membuka suatu yang terkunci,
menutup suatu yang terdahulu, menolong kebenaran dengan kebenaran,
menunjuk ke jalan Mu yang lurus,
mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepada Baginda, keluarga Baginda & para sahabat sepenuhnya & dengan kadarnya yang agung.

Majlis diteruskan dengan acara solat hajat & cukur jambul yang dilakukan oleh muslimat. Kelihatan bayi-bayi ini suci & tenang. Mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya. Selesai cukur jambul majlis bersurai dengan salam jamai'e

Insya-Allah, sehingga di sini dulu warkah kali ini.

Assalamualaikum w.b.t

-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-









Wednesday 20 February 2013

Ada Apa Dengan Nama


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua. Didoakan agar kita semua berada di bawah payung rahmat Allah.

Selasa, 19/2/2013 - Alhamdulillah, baru-baru ini PEPIAS Cawangan Kuala Langat telah menerima jemputan dari PEPIAS Cawangan Bangi untuk menghadiri "bulatan gembira" bertempat di BT 1114, KUIS. Usrah ini merupakan usrah gabungan antara unit iaitu lelaki & perempuan. Tepat Jam 9.00 malam usrah dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Mathurat & juga sedikit taa'ruf (sesi suai kenal).

Tajuk yang dibincangkan adalah sangat menarik iaitu "Ada Apa Dengan Nama". Ternyata semua ahli usrah berasa teruja dengan tajuk ini, dengan cara mereka menyatakan maksud nama bagi setiap nama ahli. Nama-nama ini sebenarnya memiliki maksud-maksud yang indah seperti kelembutan, orang islam, kefahamanku dan lain-lain.

Sahabat sekalian, 

Nama adalah sesuatu yang sangat penting, malah untuk memanggil seseorang juga dengan nama. Tanpa nama seolah-olah tidak lengkap perbualan kita dengan seseorang. Dengan nama kita dapat menegnal sesama manusia. Justeru, panggillah nama saudara, kawan kita dengan panggilan yang baik & mulia. Memanggil nama yang baik seolah-olah kita sedang mendoakan empunya badan itu.

Dalam aspek islam pula, pemilihan nama bagi seorang anak amat penting kerana itulah merupakan tanggungjawab bagi seorang bapa kepada anaknya. Nama itulah yang akan disebut-sebut orang apabila memanggilnya kelak. Dan dari nama itu juga ia akan membina sifat & peribadi anak tersebut. Jika nama yang diberikan tidak baik, maka jadilah dia sebagaimana namanya.

Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik kerana ia merupakan lambang identiti seseorang & nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat & menjadi sebutan sampai hari akhirat.

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu & juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu"
(riwayat Imam Abu Daud dari Abu Darda r.a)

Perkongsian ahli usrah :

Kak Khaulah : setiap apa yang keluar dari lisan adalah DOA, maka kita panggil dengan nama yang elok ertinya kita MENDOAKAN dia

Abg Afiq : tidak perlu terlampau taksub mengikut trend nama masa kini yang meletakkan nama terlalu panjang & sukar untuk disebut, cukup hanya sekadar yang MUDAH & SIMPLE.

Sdr Syamim : "jangan ada satu kaum yang memperolok kaum yang lain, kerana boleh jadi kaum yang diperolok lebih baik dari yang memperolok" maksudnya disini, jangan kita mengejek & mempersenda nama orang lain, sebab boleh jadi orang lain itu lebih baik, lebih elok mungkin akhlaknya, pertuturannya dari kita.

Sdr Suhaili : jangan kita terlalu mengagungkan nama kita sehingga kita lupa apa tujuan kita hidup di dunia. Ingat bahawa tujuan kita hidup ini hanya untuk beribadat kepada Allah s.w.t.

Semoga nama-nama kita adalah nama yang terbaik. Insya-Allah

-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-







Tuesday 12 February 2013

PERKAMPUNGAN MENARA GADING 13~



Bismillahirrahmanirrahim

Jumaat – 8/2/2012, Alhamdulillah, Baru-baru ini telah diadakan satu program khas untuk belia lepasan SPM, STPM & STAM 2012. Program ini dinamakan Perkampungan Menara Gading kali ke-13. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS). Ianyanya telah dijalankan di Kolej 17, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah disertai seramai 44 orang penggerak & 18 orang fasilitator juga seramai 153 orang peserta yang datangnya dari seluruh negeri Selangor. Tahniah diucapkan!!!!

Dengan bermottokan “Mahasiswa Mukmin Pendokong Harapan Ummah” dan dikepalai oleh Saudara Mohamad Hazwan Shah bin Ismail, program ini telah dijalankan selama 4 hari 3 malam. Program ini diadakan buat pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM khususnya bagi memberi pendedahan tentang kehidupan dan cabaran yang bakal dihadapi di alam kampus. Objektif PMG kali ini adalah untuk :

1) Mendidik dan membina jati diri peserta agar menjadi mahasiswa muslim sejati yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
2) Menanam sifat amanah dan tanggungjawab sebagai seorang Hamba, Khalifah dan Da’ie dalam diri setiap peserta.
3) Membantu peserta agar mengenali potensi diri dan minat agar mampu membuat pilihan masing-masing bagi membina kehidupan dimasa hadapan.
4) Menerapkan nilai-nilai pembudayan ilmu di dalam diri peserta bagi mengaplikasikannya pada kehidupan sebenar.

PEPIAS cawangan Kuala Langat juga menyambut baik cabaran untuk menghantar seramai mungkin peserta ke PMG 13 ini. Alhamdulillah dengan berkat usaha rakan-rakan ahli, pimpinan cawangan, kenalan di SMK, FB, Twitter & lain-lain, akhirnya cawangan ini berjaya mengumpulkan seramai 20 orang yang terdiri daripada 6 orang lelaki & 14 orang perempuan. Masing-masing terdiri daripada SMK Telok Panglima Garang, SAMT Tengku Ampuan Rahimah & dan SMK Telok Datok. Peserta-peserta daripada Kuala Langat mengambil inisiatif untuk menggunakan pengangkutan awam dan pengangkutan sendiri untuk ke lokasi program. Tahniah dan syabas atas usaha yang ditunjukkan.

Selama 4hari 3malam adik-adik ini berkampung, ternyata banyak ilmu yang dapat mereka peroleh. Juga 1001 kenangan yang tidak akan dapat dimana-mana & tidak akan sesekali dilupakan. Semoga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja lisan malahan praktikalnya juga.

Kehangatan PMG 13 akan diteruskan lagi dengan adanya Reunion Keluarga PMGdalam masa terdekat ini. Bila? Dimana?, pastikan telefon anda sentiasa berada disamping anda.

Sekian dahulu penulisan kali ini, kami dari pimpinan PEPIAS cawangan Kuala Langat mengucapkan syabas & tahniah atas kejayaan adik-adik dalam menjayakan PMG ke-13 2013. Kami juga mengalu-alukan kedatangan adik-adik semua ke dalam keluarga PEPIAS cawangan Kuala Langat.

Assalamualaikum w..b.t

Untuk sebarang maklumat boleh layari :