Tuesday 25 December 2012

REHLAH PEPIAS KUALA LANGAT 2012~

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua. Didoakan agar kita sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah. Amin..

Alhamdulillah, pada 23 Disember 2012 (Ahad) yang lalu, PEPIAS Kuala Langat telah berjaya menganjurkan satu lagi program sempena penutup tirai tahun 2012. Program ini dinamakan RehLah (Rehat & Berkelah). Kebiasaannya program ini dilakukan pada setiap hujung tahun sebagai menghargai semua usaha ahli dalam menjayakan Program Tahunan Mendekati Sekolah (PTMS).

Objektif RehLah ini ialah :
1) untuk melihat kebesaran Allah & menyemai rasa cinta kepada Allah
2) untuk mengeratkan persaudaraan sesama ahli
3) mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah

RehLah kali ini telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah rendah & menengah. Bukit Broga & Sungai Tekala telah menjadi tempat pilihan pada RehLah kali ini. Bermula seawal jam 3.00 pagi - 6.00 petang. Peserta mula berkumpul di Masjid Batu 10, Kebun Baharu dan seterusnya menaiki bas menuju ke Bukit Broga, Semenyih. Sampai sahaja di kaki bukit, semua peserta mula meneruskan pendakian. Walaupun hanya 1.7km untuk sampai ke puncak, tetapi perlu juga mengerah segala keringat yang ada. Geli hati melihat gelagat masing-masng yang tidak sampai 30minit  mendaki, sudah mula masuk "pit stop" maksudnya berhenti di tepi laluan bukit.

Akhirnya, tepat jam 8.00 pagi semua peserta telah sampai ke puncak dan seterusnya menawan Bukit Broga. Tahniah!!!. Sampai di puncak, peserta mula bersarapan dengan berbekalkan air kotak & sedikit roti sebagai alas perut. Walaupun ringkas tetapi terlihat sinar kesyukuran pada mereka. Sungguh nikmat, Alhamdulillah. Seterusnya, semua peserta diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas. Ada yang berehat, mengambil gambar, berkenalan sesama sendiri dan sebagainya.

10.00 pagi - peserta mulai turun kerana mengejar masa untuk ke Sungai Tekala. Tempat ke-2 utama dalam tentatif yang disediakan. Jam 12.00 tengahari, peserta mula sampai di pintu masuk Sungai Tekala. Setelah memilih tempat yang sesuai, peserta mula mandi. Kedinginan air sungai mula dirasai di setiap pelusuk tubuh. Terlihat juga ada peserta yang sudah pucat & terketar-ketar dik kedinginan air sungai itu. Hampir 2 jam berendam, tiba masa untuk pulang. Semua peserta bersiap untuk solat Zohor & pulang.

6.00 petang - Alhamdulillah semua peserta telah selamat sampai & pulang bersama keluarga masing-masing. Pengakhiran, terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan RehLah PEPIAS Kuala Langat 2012. Bagi yang tidak berkesempatan, Insya Allah kita akan dipertemu pada kelapangan yang lain.

Kadang-kadang lisan mengucap tidak terjaga,
Hati berprasangka tanda tidak berkenan,
Maaf jika tangan tidak sempat berjabat,
Sekurang-kurangnya ada kata yang terucap.

mutiara kata Imam Ghazali :

yang juah itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN.

Kami, barisan pucuk pimpinan PEPIAS Kuala Langat sesi 12/13, menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terkasar bahasa sepanjang kami mengendalikan sesi 12/13 kali ini. Sekian.

-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-