Sunday, 16 March 2014

Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) Membunuh Jiwa Remaja & Belia~

Apa itu Future Music Festival Asia 2014?
FMFA adalah sebuah festival muzik peringkat asia yang menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah dan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia diadakan selama tiga hari dari 13-15 March 2014. Logo “Visit Malaysia 2014” tertera dengan begitu jelas sekali di festival ini.
Kenapa mempersoalkan FMFA?
Media telah menyiarkan daripada FMFA ini, seramai 5 orang dari sumber yang diperoleh lingkungan umur mereka paling muda 19 tahun dan ada yang 28 tahun; telah meninggal dunia ketika FMFA belum memasuki hari kemuncak pada 15 Mac 2014. Lebih menyedihkan, ada remaja dan belia Muslim yang meninggal dalam insiden ini. Mereka ini masih diperingkat pelajar.
FMFA membunuh jiwa remaja dan belia.
Anjuran ini bukan sahaja telah mendedahkan remaja dan belia dari sudut konteks hedonisme yang melampau, ia juga akan menyebabkan gejala sosial seperti maksiat malah, ada juga kemasukan dadah dan arak ke dalam FMFA ini. Semua ini adalah virus yang membunuh terus jiwa remaja dan belia; seperti dimaklum, ada yang mati dalam FMFA ini. Pihak kami memandang serius dalam perkara ini sama ada ia berkaitan dengan belia muslim atau pun bukan muslim. Mereka ini adalah aset Negara dan bukannya liabiliti.
Apa yang patut remaja, belia dan pelajar lakukan?
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) rasa sangat terkesan dengan insiden ini. PEPIAS sangat berharap, penganjuran seperti ini tidak lagi diberikan permit kepada penganjur. Kerajaan harus memandang serius dalam anjuran-anjuran “membunuh” seperti ini bagi memastikan generasi muda yang berwibawa dapat dilahirkan. Hari kemuncak FMFA dibatalkan atas nasihat pihak Polis Diraja Malaysia dan ia sedikit sebanyak mengurangkan lagi faktor negatif yang bakal berlaku.
Remaja, Belia dan Pelajar Islam digesa supaya :
1. Memilih kawan yang mampu membimbing diri kearah kebaikan.
2. Jauhi anjuran-anjuran yang bersifat sosial melampau dan hedonisme teruk.
3. Lebihkan masa bersama keluarga.
4. Menambahkan ilmu pengetahuan dalam mencapai impian dan cita-cita.
5. Sentiasa dekat dengan masyarakat dalam memastikan kawasan kediaman berada dalam keadaan yang baik.
6. Dekatkan diri dengan masjid dan surau untuk beribadah dan berbakti dengan pihak AJK dalam memastikan Masjid dan Surau menjadi sebuah pusat perkongsian ilmu yang mampu menarik belia dan remaja untuk mengisi masa lapang yang bermanfaat.
7. Hayatilah Islam itu dengan baik dan sentiasa menuju ke arah kebaikan yang diberkati Allah SWT.
Rozaidi Jamaludin
SUA-PEPIAS

blog : www.pepiaskualalangat.blogspot.com
emel : pepiaskualalangat@gmail.com
fb : PEPINGAT







No comments:

Post a Comment