Wednesday, 12 March 2014

DOA UNTUK MH370~


Kehilangan MH 370. Tindakan sebagai seorang pelajar Islam.
Termasuk hari ini, sudah lebih kurang 6 hari tiada khabar berita yang jelas tentang kehilangan Pesawat Boeing MH 370. Rakyat Malaysia bersatu hati dan mengharapkan penemuan semula MH 370. Sebagai seorang Muslim, tidak putus doa dan juga solat hajat yang dilakukan bagi mengharapkan pertolongan dari yang Maha Esa.
Malaysia telah dipandang oleh seluruh dunia dan kuasa-kuasa besar mula menolong Malaysia dalam mencari MH 370. Pakar-pakar dalam bidang pencarian, ketenteraan, dan bantuan kapal laut sedikit sebanyak mempermudahkan usaha pencarian ini.
Namun, Negara dikejutkan dengan kehadiran bomoh-bomoh VIP yang telah melakukan tindakan yang diluar jangka dimana, menurut bomoh ini, dia boleh mencari semula dan tahu kedudukan MH 370. Bermula dengan teropong buluh dan bambu, kemudian terkini dengan buah kelapa dan tikar telah mendapat perhatian media yang sangat meluas. Ini sebenarnya adalah tindakan diluar batasan seorang yang beragama Islam atau digelar khurafat.
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan ini mengharapkan, tidak ada individu yang beragama Islam terutama pelajar yang terpengaruh dengan tindak-tanduk yang jauh menyelewang dari Islam, walaupun terdapat bacaan-bacaan suci yang dibacakan.
Apa tindakan yang patut dilakukan sebagai pelajar muslim?
Jadilah seperti Kapten Norudin, bekas Juruterbang pesawat 777. Dengar dan jadikanlah nasihatnya sebagai pengajaran. Semua ini adalah ujian yang diberikan oleh Allah SWT.
Selain itu, Pelajar Islam terutamanya digalakkan untuk :
1. Pelajar berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan pertemuan MH 370.
2. Mengadakan solat hajat secara berjemaah di mana-mana masjid dan surau.
3. Mengadakan qiamulail secara berjemaah agar dipanjatkan doa kerana ia adalah waktu yang paling dekat dengan Allah SWT.
4. Terus menerus berkempen mendoakan penemuan MH 370. Contoh‪#‎prayforMH370‬ ‪#‎DoaUntukMH370‬ Ini kerana doa adalah senjata orang mukmim.
5. Mengeluarkan status-status positif dan perkongsian cerita yang baik tentang MH 370. Jangan menyebarkan berita-berita yang tidak pasti kesahihannya.
6. Elakkan daripada melakukan tindakan yang ingin mengejar populariti tetapi sebenarnya menipu orang lain dan memalsukan berita penemuan. Tunggu sahaja berita dari pihak yang benar.
7. Tidak terlalu menceritakan teori-teori konspirasi kepada rakan-rakan lantas terlalu mempercayainya dan hilang kebergantungan kepada Allah SWT dalam berdoa.
8. Berzikir dan membaca Al-Quran.
9. Terus belajar dan focus kepada pembelajaran terutama pelajar di peringkat sekolah atau Institut pengajian tinggi.
10. Yakin dan percaya kepada Allah Azza Wa Jalla. Teruskan berdoa.
Rozaidi Jamaludin
Setiausaha Agung,
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)

emel : pepiaskualalangat@gmail.com
blog : www.pepiaskualalangat.blogspot.com
fb : PEPINGAT

No comments:

Post a Comment