Save Gaza, Palestine! Kekejaman Israel semakin melampau-lampau apabila terus-terusan menyerang Gaza tanpa alasan yang munasabah dan tak masuk akal. Dimana kuasa-kuasa besar yang kononnya mahu memerangi keganasan? Takkan hanya mampu pejamkan mata melihat kekejaman yang berlaku di depan mata?
Save gaza Save Gaza, Palestine!
Setiap kali serangan ke atas Gaza, Palestine, pasti ada saja alasan tak masuk akal dibuat Israel bagi meng’halal’kan perbuatan mereka. Dari zaman jahiliah sehinggalah ke zaman moden kini, sikap mereka masih sama..kekal tak bertamadun seperti syaitan yang bertopengkan manusia. Niat mereka untuk menakluk seluruh Palestine tetap diteruskan walaupun dikecam dan dikutuk masyarakat dunia.
Perangi Israel, Selamatkan Gaza!
Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara-saudara seagama kita di Gaza. Gunakanlah setiap kemahiran dan kemampuan yang ada sepertimana rakan-rakan kita di seluruh dunia untuk membantu rakyat Palestine. Pejuang dan masyarakat Palestine bukan saja berjuang mempertahankan negara mereka malah maruah agama mereka.
Selamatkan Gaza, Palestine!
Selamatkan Gaza, Palestine! biarpun hanya sekadar doa..Allahuakbar!
Doa Untuk Mu, Sahabat...
"Ya Allah! Sesungguhnya hanya
Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang
menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau
sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami!
Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon
pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan
Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau
adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"
"Wahai Tuhan yang ditanganNya
segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan
yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."
"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia,
Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha
Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan
di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan
sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."
"Wahai Tuhan yang pada
tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya
sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui
kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam
dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar
burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami
memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini
kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin.
...."
-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-
No comments:
Post a Comment