Thursday 29 November 2012

KARNIVAL REMAJA ISLAM 2012

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera kepada semua, didoakan agar kita semua sentiasa di dalam redha Allah...

24/11/2012, Telok Panglima Garang, Kuala Langat - Alhamdulliah, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Kuala Langat buat julung-julung kalinya telah mengadakan Karnival Remaja Islam 2012 sempena musim cuti sekolah yang menjelma.

Karnival ini juga telah dijalankan di Geo Futsal, Sijangkang dan disertai seramai 5 buah pasukan yang terdiri daripada umur 11 - 12 tahun. Juga yang bertindak sebagai AJK ialah adik-adik daripada Program Kembara Remaja Nafas Baru (KRNB 1.0). Kesemua peserta ini merupakan murid-murid Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu (SKKB). Karnival bermula seawal jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari. Penyampaian telah telah disampaikan oleh Saudara Muslim selaku Pengerusi Perhubungan PEPIAS Cawangan Kuala Langat. Antara amanat yang disampaikan ialah menjaga keselamatan diri sepanjang musim cuti sekolah dan mengisi masa dengan perkara berfaedah. Beliau juga memperingat kepada semua pemain agar bermain bersungguh-sungguh dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

Setelah hampir 4 jam karnival ini berlangsung, dan pemain telah berhempas pulas, memerah keringat untuk pasukan masing-masing, akhirnya Punca FC dinobatkan selaku juara.

Berikut adalah keputusan penuh :
1) Punca FC
2) Segi Fresh FC
3) Inazuma FC
4) Ajiboy FC
5) Tembok FC

Untuk pengakhiran, semua pemain telah dijamu dengan sedikit jamuan. Walaupun hanya jamuan ringan, tetapi terpancar sinar kepuasan, keriangan, dan juga kesyukuran pada wajah masing-masing.

Terima kasih kepada semua adik-adik yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan karnival ini, Insya Allah kita akan bertemu di kesempatan lain.









Punca FC (1)

Segi Fresh FC (2)

Inazuma FC(3)







-www.pepiaskualalangat.blogspot.com-


No comments:

Post a Comment