Pengenalan PEPIAS
Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.HALATUJU PEPIAS
1) Mengutamakan pembangunan ahli secara sistematik.2) Menekankan pengamalan budaya PEPIAS.
3) Memperkasakan produk-produk PEPIAS.
4) Meningkatkan kualiti kepimpinan ahli.
5) Membangunkan Pusat Latihan PEPIAS-ABIM (PULPA).
7 BUDAYA PEPIAS
1) Membugar ilmu dan berakhlak mulia.2) Sedia untuk belajar, mengajar dan diajar.
3) Memperkasa amalan kerohanian.
4) Memperkasa semangat ukhwah.
5) Menghayati amalan syura, amal jamaie dan budaya kerja terancang.
6) Prihatin dan beriltizam dengan isu semasa.
7) Menghayati ruhul jihad fisabilillah.
No comments:
Post a Comment